Blog ini dikendalikan oleh Setiausaha Umno Cawangan Lukut iaitu saudara Mohamad Irwan Bin Sidek. Pandangan diblog ini bukan kenyataan rasmi Umno Cawangan Lukut. Semua pengunjung dialukan memberikan maklumbalas.

Sunday, November 30, 2008

Program Gotong Royong

Hari ini 30 November 2008 (Ahad), satu program "Gotong Royong" telah berjaya diadakan di Rumah Rakyat Kuala Lukut. Program anjuran Umno Cawangan Lukut ini telah mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak Majlis Perbandaran Port Dickson, Pejabat Kesihatan Port Dickson, RELA Port Dickson dan para penduduk Rumah Rakyat Kuala Lukut.

Tujuan program diadakan berikutan terdapat 2 kes denggi dilaporkan di Rumah Rakyat Kuala Lukut. Disamping itu untuk membersihkan balairaya dan memindahkan kembali barangan Surau Al-Hidayah Rumah Rakyat Lukut yang baru selesai dibaikpulih dan sempena menyambut Hari Raya Korban yang akan disambut pada minggu depan iaitu 08 Disember 2008.

Program ini adalah program yang kedua bagi Umno Lukut selepas program yang pertama iaitu "Sambutan Hari Raya Aldilfitri" yang telah mendapat sambutan menggalakkan. InsyaAllah akan saya uploadkan gambar-gambar program berkenaan berikutan kesibukan saya pada masa itu tidak mengizinkan untuk membuat posting berkenaan Umno Lukut.

From Umno Lukut

Longkang bersebelahan Balai Raya selepas dibersihkan.

From Umno Lukut

Balairaya Rumah Rakyat Kuala Lukut (Pandangan dari seberang jalan)

From Umno Lukut

Pandangan depan Balairaya Rumah Rakyat Kuala Lukut

From Umno Lukut

Surau Al-Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut selepas dibaikpulih.

From Umno Lukut

Atap dan zink yang dikumpulkan di kawasan belakang surau

From Umno Lukut

Gelanggang badminton dan sepaktakraw yang perlu dibaik pulih

From Umno Lukut

Kesan-kesan kerja kontraktor yang masih belum dibersihkan di gelanggang badminton dan sepaktakraw. Jentera berat diperlukan.

From Umno Lukut

Kawasan yang masih memerlukan perhatian untuk dibersihkan.

From Umno Lukut

Balairaya (Dewan Utama)

From Umno Lukut

Balairaya (Dewan Utama)

From Umno Lukut

Bilik Gerakan

No comments: