Blog ini dikendalikan oleh Setiausaha Umno Cawangan Lukut iaitu saudara Mohamad Irwan Bin Sidek. Pandangan diblog ini bukan kenyataan rasmi Umno Cawangan Lukut. Semua pengunjung dialukan memberikan maklumbalas.

Tuesday, June 24, 2008

Tan Sri Isa Samad bebas daripada penggantungan

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad, mengesahkan telah menerima surat pembebasan daripada penggantungan keahlian UMNO sejak tiga tahun lalu ekoran terlibat dengan politik wang. Beliau yang menerima surat berkenaan Jumaat lalu berkata, pembebasannya berkuat kuasa hari Isnin (23 Jun 2008). Beliau berkata demikian kepada Agendadaily ketika dihubungi hari ini. Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, mengesahkan surat berkenaan telah dihantar kepada Isa.Menariknya dengan perkembangan ini ialah Isa di sebut-sebut mengintai nak buat comeback bertanding jawatan Naib Presiden UMNO yang pernah disandangnya sebelum dikenakan tindakan disiplin dulu.


Komen: Secara peribadi, saya mengalukan pembebasan Tan Sri daripada penggantungan. Rasanya ramai yang menyedari Tan Sri sebenarnya menjadi "Korban Suci" oleh Pak Lah. Saya berpandangan Tan Sri sepatutnya mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno dan jika ada kekosongan di peringkat Timbalan Presiden (jika Najib bertanding presiden) Tan Sri patut menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden !

Ketua Cawangan Letak Jawatan !

Umno Cawangan Lukut kini bakal menerima Ketua Cawangan yang baru berikutan tindakan Encik Roslan Rais meletakkan jawatan selaku Ketua Umno cawangan. Dalam surat perletakan jawatan, tidak dinyatakan sebab-sebab perletakan jawatan tersebut.

Selaku setiausaha Umno cawangan, saya menghormati keputusan yang telah beliau buat.

Kini, Ketua Umno cawangan Lukut dipangku oleh Timbalan Ketua, encik Zulkifli Bin Mohd Jai.