Umno Cawangan Lukut Bahagian Telok Kemang

Blog ini dikendalikan oleh Setiausaha Umno Cawangan Lukut iaitu saudara Mohamad Irwan Bin Sidek. Pandangan diblog ini bukan kenyataan rasmi Umno Cawangan Lukut. Semua pengunjung dialukan memberikan maklumbalas.

Sunday, November 30, 2008

Program Gotong Royong

Hari ini 30 November 2008 (Ahad), satu program "Gotong Royong" telah berjaya diadakan di Rumah Rakyat Kuala Lukut. Program anjuran Umno Cawangan Lukut ini telah mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak Majlis Perbandaran Port Dickson, Pejabat Kesihatan Port Dickson, RELA Port Dickson dan para penduduk Rumah Rakyat Kuala Lukut.

Tujuan program diadakan berikutan terdapat 2 kes denggi dilaporkan di Rumah Rakyat Kuala Lukut. Disamping itu untuk membersihkan balairaya dan memindahkan kembali barangan Surau Al-Hidayah Rumah Rakyat Lukut yang baru selesai dibaikpulih dan sempena menyambut Hari Raya Korban yang akan disambut pada minggu depan iaitu 08 Disember 2008.

Program ini adalah program yang kedua bagi Umno Lukut selepas program yang pertama iaitu "Sambutan Hari Raya Aldilfitri" yang telah mendapat sambutan menggalakkan. InsyaAllah akan saya uploadkan gambar-gambar program berkenaan berikutan kesibukan saya pada masa itu tidak mengizinkan untuk membuat posting berkenaan Umno Lukut.

From Umno Lukut

Longkang bersebelahan Balai Raya selepas dibersihkan.

From Umno Lukut

Balairaya Rumah Rakyat Kuala Lukut (Pandangan dari seberang jalan)

From Umno Lukut

Pandangan depan Balairaya Rumah Rakyat Kuala Lukut

From Umno Lukut

Surau Al-Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut selepas dibaikpulih.

From Umno Lukut

Atap dan zink yang dikumpulkan di kawasan belakang surau

From Umno Lukut

Gelanggang badminton dan sepaktakraw yang perlu dibaik pulih

From Umno Lukut

Kesan-kesan kerja kontraktor yang masih belum dibersihkan di gelanggang badminton dan sepaktakraw. Jentera berat diperlukan.

From Umno Lukut

Kawasan yang masih memerlukan perhatian untuk dibersihkan.

From Umno Lukut

Balairaya (Dewan Utama)

From Umno Lukut

Balairaya (Dewan Utama)

From Umno Lukut

Bilik Gerakan

Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Lukut dalam bahagian Telok Kemang bagi tahun 2008 - 2010

UMNO Cawangan Lukut telah berjaya mengadakan mesyuarat Agung pada 2 Ogos 2008. Berikut adalah senarai kepimpinan di cawangan Lukut.

Pengerusi Tetap Tuan Hj. Hashim Bin Jaafar
Timbalan Pengerusi TetapHjh Esah Binti Jidin
KetuaDzukafli Bin Md Jai
Naib KetuaKhairool Anuar Bin A. Kadir
Ketua WanitaHajah Banun Binti Kamat
SetiausahaMohamad Irwan Bin Sidek
BendahariRozali Bin Ishak
Ketua PeneranganIsmail Bin Tambun
Ahli JawatankuasaZaharuddin Kassim

Mohd Shah Bin Yusuf

Roslina Binti Ishak

Shamsu Baharum Bin Taat

Kamarulzaman Bin Ibrahim

Zainon Binti Ahmad

Rusiah Binti Othman

Hasnizam Khalid

Juriah Binti Mokhtar

Ahmad Razali Bin Ramli

Jamaliah Binti Ismail

Abu Samah Bin Ramli

Asmah Binti Abdullah

Rozita Binti Ishak
Ahli Jawatankuasa (Lantikan)Aminah Binti Hassan

Norhafidah Binti Ismail

Hj. Faidzal Bin Beram

Hajah Latipah Binti Osman

Nota: Semua jawatan dipilih dengan sebulat suara.

Tuesday, June 24, 2008

Tan Sri Isa Samad bebas daripada penggantungan

Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad, mengesahkan telah menerima surat pembebasan daripada penggantungan keahlian UMNO sejak tiga tahun lalu ekoran terlibat dengan politik wang. Beliau yang menerima surat berkenaan Jumaat lalu berkata, pembebasannya berkuat kuasa hari Isnin (23 Jun 2008). Beliau berkata demikian kepada Agendadaily ketika dihubungi hari ini. Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, mengesahkan surat berkenaan telah dihantar kepada Isa.Menariknya dengan perkembangan ini ialah Isa di sebut-sebut mengintai nak buat comeback bertanding jawatan Naib Presiden UMNO yang pernah disandangnya sebelum dikenakan tindakan disiplin dulu.


Komen: Secara peribadi, saya mengalukan pembebasan Tan Sri daripada penggantungan. Rasanya ramai yang menyedari Tan Sri sebenarnya menjadi "Korban Suci" oleh Pak Lah. Saya berpandangan Tan Sri sepatutnya mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno dan jika ada kekosongan di peringkat Timbalan Presiden (jika Najib bertanding presiden) Tan Sri patut menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden !

Ketua Cawangan Letak Jawatan !

Umno Cawangan Lukut kini bakal menerima Ketua Cawangan yang baru berikutan tindakan Encik Roslan Rais meletakkan jawatan selaku Ketua Umno cawangan. Dalam surat perletakan jawatan, tidak dinyatakan sebab-sebab perletakan jawatan tersebut.

Selaku setiausaha Umno cawangan, saya menghormati keputusan yang telah beliau buat.

Kini, Ketua Umno cawangan Lukut dipangku oleh Timbalan Ketua, encik Zulkifli Bin Mohd Jai.

Monday, April 7, 2008

Selamat datang ke Umno Cawangan Lukut

Terlalu lama rasanya rancangan untuk membuat blog Umno Cawangan Lukut. Tetapi disebabkan kerana kesibukan membina laman web yang lain, menyebabkan ianya saya tangguhkan sebegitu lama dari sehari ke sehari sehinggalah dah 3 tahun rasanya. Tetapi pada ketika ini, saya mencuri sedikit masa berharga yang saya ada untuk mewujudkan blog ini. Mulanya cadang nak buat cantik, guna joomla version terbaru 1.5 yang cun dan mengunakan domain sendiri, tetapi kerana kesibukan saya gunakan platform blogspot ini terlebih dahulu. InsyaAllah dimasa akan datang saya akan upgrade bergantung kepada keadaan.

Sekian, mukadimah pertama saya diblog ini. InsyaAllah dilain kali saya akan posting lagi. Banyak juga cerita menarik yang mungkin boleh kita kongsikan bersama.