Blog ini dikendalikan oleh Setiausaha Umno Cawangan Lukut iaitu saudara Mohamad Irwan Bin Sidek. Pandangan diblog ini bukan kenyataan rasmi Umno Cawangan Lukut. Semua pengunjung dialukan memberikan maklumbalas.

Monday, April 7, 2008

Selamat datang ke Umno Cawangan Lukut

Terlalu lama rasanya rancangan untuk membuat blog Umno Cawangan Lukut. Tetapi disebabkan kerana kesibukan membina laman web yang lain, menyebabkan ianya saya tangguhkan sebegitu lama dari sehari ke sehari sehinggalah dah 3 tahun rasanya. Tetapi pada ketika ini, saya mencuri sedikit masa berharga yang saya ada untuk mewujudkan blog ini. Mulanya cadang nak buat cantik, guna joomla version terbaru 1.5 yang cun dan mengunakan domain sendiri, tetapi kerana kesibukan saya gunakan platform blogspot ini terlebih dahulu. InsyaAllah dimasa akan datang saya akan upgrade bergantung kepada keadaan.

Sekian, mukadimah pertama saya diblog ini. InsyaAllah dilain kali saya akan posting lagi. Banyak juga cerita menarik yang mungkin boleh kita kongsikan bersama.